Monday, 4 February 2013
Lawatan oleh Dr David Hyerle
Pada 4 Februari 2013, SK Kiaramas telah menerima lawatan tetamu istimewa iaitu Pengasas Thinking Maps, Dr David Hyerle. Beliau diiringi oleh Pengarah Kestrel Education, Mr Richard Cummins, pegawai dari Bahagian Inovasi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Pn Isnazhana binti Ismail, Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Dr Taufiq Thiagi,Cik Joyclen Tan Kim Hong, 9 orang guru besar dan pengetua sekolah i-THINK, 9 orang penyelaras i-THINK dan YDP PIBG sekolah-sekolah rintis. YDP PIBG SK Kiaramas, En Norjafny Jaafar, telah turut meluangkan masa untuk mengiringi Dr David Hyerle semasa lawatan tersebut. Lawatan ini adalah sebahagian daripada jadual yang dirancang oleh Agensi Inovasi Malaysia sempena lawatan beliau ke Malaysia. Delegasi lawatan dibawa melawat kelas-kelas dan sekitar sekolah. Selain itu, beliau turut beramah mesra dan menemubual guru-guru SK Kiaramas dan murid-murid untuk mendapatkan maklum balas tentang peta pemikiran yang diperkenalkan. Selesai lawatan, delegasi diberikan taklimat oleh Guru Besar, En Tan Song Kag yang menunjukkan perjalanan i-THINK pada tahun 2012 dan 2013 di SK Kiaramas. Di ksempatan tersebut, Dr David mengucapkan tahniah kepada guru-guru SK Kiaramas kerana komitmen yang tinggi yang ditunjukkan dalam melaksanakan i-THINK dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua delegasi dan diikuti dengan sesi bergambar.
DR DAVID HYERLE,Pengasas Thinking Map











Friday, 1 February 2013
Kursus Pasukan Pemandu KL dan Putrajaya Siri 2
Tarikh : 27 - 30 November 2012
Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh Melaka
Peserta: 51 orang
Kursus bermula setelah semua peserta selesai membuat pendaftaran sekitar jam 2.30 petang. Taklimat logistik dan peraturan kursus telah diberikan oleh En Hizal selaku pegawai meja i-Think JPN KL. Cik Miftahuljannah telah memulakan sesi kursus dengan mengajak semua peserta membuka minda masing-masing untuk menerima pembaharuan yang bakal diterima sepanjang 4 hari berkursus. Peserta harus berani menghadapi risiko serta membuat kesilapan.
Sesi kursus bersambung sekitar jam 8.00 malam.
Pelaksanaan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i-THINK merupakan program yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid-murid dan guru-guru. Ia bukanlah satu kurikulum baru yang membebankan guru sebaliknya berfungsi sebagai alat pemikiran di dalam kelas. Ia juga bukannya Alat Bantu Mengajar yang biasa digunakan oleh guru-guru. Satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lengkap masih berjalan seperti biasa yang mana ia hendaklah mempunyai satu set induksi, pengenalan, isi kandungan, aktiviti dan rumusan. Konsep i-THINK ini dapat diintegrasikan dalam set induksi, pengenalan dan aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ia menjadi satu Thinking Tools yang dapat membantu guru dalam menggalakkan murid berfikir aras tinggi dan berkolaborasi dalam pembelajaran sesama rakan.
Thursday, 31 January 2013
Kursus Pengukuhan i-THINK SK Kiaramas Siri 1 2013
Pada 31 Januari 2013, guru-guru SK Kiaramas telah menghadiri Kursus Pengukuhan i-THINK Siri 1 di Bilik Mesyuarat SK Kiaramas.Ia bermula pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang. Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap Peta Pemikiran yang telah diaplikasikan dalam pengajaran. Ia telah dikendalikan oleh Pasukan Pemandu i-THINK. Guru-guru turut membincangkan beberapa peta yang menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka seperti Bubble Map dan Brace Map. Dalam majlis ini juga,GPK Tadbiran dan Kurikulum, En Hasbullah Hassan telah menyampaikan Sijil Sudut i-THINK Terbaik kepada En Rusydi Ruslan selaku guru kelas 5 Bestari yang telah berjaya menceriakan kelas dengan peta pemikiran yang menarik dan bermanfaat.
Saturday, 26 January 2013
Pameran i THINK di Himpunan GM1M
Pada 26 Januari 2013, bertempat di SMK Sg Besar , Selangor, SK Kiaramas telah diundang untuk mengadakan pameran i-THINK. Pameran tersebut telah dijayakan oleh Penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail, Cik Miftahuljannah Kamaruddin dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Pameran tersebut berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari yang dimeriahkan dengan kehadiran 5000 orang guru muda dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak. Booth i-THINK turut menerima kunjungan daripada tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pameran tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung yang telah berpeluang melihat hasil kerja murid SK Kiaramas dan menonton video pelaksanaan i-THINK di dalam kelas. Ianya membantu mereka memahami konsep i-THINK dan berkongsi pengalaman agar dapat menjadi panduan di sekolah masing masing. Sekalung terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Kiaramas yang telah bertungkus lumus membantu Pasukan Pemandu mengumpulkan hasil kerja murid yang menarik dan kreatif. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput SK Kiaramas untuk menjayakan pameran tersebut.
Tuesday, 22 January 2013
Kursus Dalaman Guru Baru Siri 2 2013
Pada 22 Januari 2013,kursus dalaman untuk guru baru siri 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Kiaramas. Kursus turut dihadiri oleh guru-guru praktikal seramai 4 orang dari IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur yang akan menjalani latihan selama 3 bulan Ia telah dikendalikan oleh Puan Zuliana Ismail dan Cik MIftahuljannah Kamaruddin. Kursus pada kali ini memberikan fokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.Kursus turut
Selain itu, mereka telah menghasilkan soalan yang menepati aras yang ditetapkan semasa latihan praktikal. turut dihadiri oleh guru praktikal seramai 4 orang daripada IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.
Saturday, 19 January 2013
Jemputan Kursus Dalaman i-THINK di SMK Sri Ampang
Setelah tamat program rintis i-Think pada tahun 2012, sasaran sebanyak 1000 buah sekolah peluasan pada tahun 2013giat dijalankan. SMK Sri Ampang merupakan salah sebuah daripada 17 buah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Seramai 4 orang guru dan pengetua telah dilantik sebagai pasukan pemandu yang telah menghadiri kursus yang berlangsung selama 4 hari di penghujung 2012.
Maklumat kursus haruslah dikongsi dengan semua warga sekolah. Wakil pasukan pemandu SK Kiaramas telah dijemput sebagai fasilitator kursus dalaman yang diadakan. Cik Miftahuljannah dan Cik Norhaiyune telah membantu Pasukan Pemandu SMK Sri Ampang.
Kursus tersebut diadakan pada 19 Januari 2013 dan bermula seawal jam 8.30 pagi. Kursus bermula dengan ucapan aluan dan sedikit pengenalan program i-Think oleh Pengetua SMK Sri Ampang.
Seterusnya, 8 proses dan peta pemikiran diperkenalkan kepada semua peserta. Fasilitator memberi penerangan tentang setiap proses pemikiran dan peta yang terlibat. Setiap peserta harus mencuba untuk membina peta pemikiran masing-masing. Sesi soal jawab akan dibuka setiap kali selesai membina peta pemikiran. Hal ini bertujuan agar semua peserta dapat menggunakan proses dan peta pemikiran dengan tepat dan murid mendapat manfaat daripadanya.
Seusai minum pagi sekitar jam 11.00 pagi, peserta berkumpul mengikut subjek yang diajar. Fasilitator telah menetapkan setiap kumpulan haruslah membina 2 peta pemikiran.
Setelah siap membina peta masing-masing, wakil setiap kumpulan telah membentangkan hasilan mereka.
Secara keseluruhan, semua peserta telah berjaya menghasilkan peta pemikiran yang kreatif dan menarik. Wakil pasukan pemandu telah memberikan komen yang membina setelah semua peserta tamat membentangkan peta masing-masing.
Antara hasilan menarik para peserta.
Secara keseluruhan, semua peserta pada hari tersebut telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Mereka amat aktif memberikan pendapat dan terus bertanya sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.
Kepada warga SMK Sri Ampang, selamat berjaya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















