Tuesday 17 January 2012

Lawatan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

Pada 17 Januari 2012, SK Kiaramas telah berbesar hati menerima kunjungan daripada tetamu yang istimewa iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPPM),Dato’ Seri Abdul Ghafar Mahmud. Beliau turut diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),Dato’ Ibrahim bin Mohamad, Pegawai BPK, Dr Hajar bt Mohd Nor, Pengarah JPWP,Dato’ Haji Khairil b Awang, Pegawai Sektor Pejabat Pelajaran Sentul,Pegawai Meja JPWP, Pn Izaryani bt Ishak,Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Pn Lailiyah bt Baharuddin dan beberapa orang pegawai JPWP.Kehadiran mereka telah disambut oleh Guru Besar SK Kiaramas, En Tan Song Kag dan YDP PIBG, Dato Hj Shamseruddin M Shariff beserta para pentadbir sekolah. Mereka terlebih dahulu diberikan taklimat program i-THINK dan seterusnya dibawa melawat kelas-kelas untuk melihat pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan i-THINK. Sepanjang lawatan tersebut, Dato' Seri berpeluang beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid dan berkongsi pendapat mereka tentang program ini. Pada akhir lawatan rombongan telah membincangkan kesimpulan lawatan tersebut. Pada keseluruhannya, lawatan mendapati program ini amat menarik dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid.

Thursday 12 January 2012

Lawatan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

Pada 12 Januari 2012, SK Kiaramas telah menerima lawatan bimbingan buat kali pertama oleh Agensi Inovasi Malaysia. Mereka terdiri daripada Dr Taufiq Thiagi, En Lionel Jackson Patterson, Pn Lailiyah Baharuddin dan Cik Jocelyn Tan Kim Heong. Mereka telah dibawa melawat sekitar sekolah dan melihat pengajaran guru-guru di dalam kelas. Keseluruhannya mereka berpuashati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru. Mereka juga berharap agar suasana pemikiran aras tinggi dan budaya i-THINK dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Friday 6 January 2012

Jadual Pelaksanaan Pengajaran Thinking Maps

RANCANGAN PELAKSANAAN THINKING MAPS
CIRCLE MAP
MINGGU :  2 – 3
4 – 20 JAN 2012


BUBBLE MAP
MINGGU :  5 - 6 
30 JAN – 10 FEB 2012

DOUBLE BUBBLE MAP 
MINGGU :  7 – 8 
13 – 24 FEB 2012

FLOW MAP 
MINGGU :  9 – 10 
27 FEB – 9 MAC 2012

MULTI FLOW MAP 
MINGGU :  12 – 13 
19 – 30 MAC 2012

TREE MAP 
MINGGU :  14 – 15 
2 – 13 APR 2012

BRACE MAP 
MINGGU :  16 – 17 
16 – 27 APR 2012

BRIDGE MAP 
MINGGU :  18 – 19 
30 APR - 11 MEI 2012

Wednesday 4 January 2012

Thinking Maps



1)  CIRCLE MAP (PETA BULATAN)
Proses Pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks:


- - Menjana idea

- - Mengaitkan pengetahuan sedia ada

- - Membuat gambaran awal topik

 - Membuat rumusan


2)  BUBBLE MAP (PETA BUIH)

Proses Pemikiran : Describing (Menerangkan)



--   Menjelaskan sifat sesuatu perkara

-  - Hanya menggunakan “adjectives”

    (kata sifat)





3)  DOUBLE BUBBLE MAP (PETA BUIH BERGANDA)
Kemahiran Berfikir: Membanding beza
-Membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda/perkara










4)  TREE MAP (PETA POKOK)
Kemahiran berfikir: Membuat pengelasan:

--  Membahagikan kepada kategori tertentu

- -  Memberi contoh-contoh

- -  Membuat sub topik

-  Memberi huraian



5)  BRACE MAP (PETA DAKAP)
 Kemahiran Berfikir: Hubungan Bahagian- Seluruh
 -- Menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek
- - Melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja. 

6)  FLOW MAP (PETA ALIRAN)
Kemahiran Berfikir: Turutan:
-- Membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses   
  sesuatu perkara. 

7)  MULTI-FLOW MAP (PETA PELBAGAI ALIRAN)
 Kemahiran berfikir: Sebab dan akibat
-- Mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara.
-- Menjelaskan kesan sesuatu perkara. 


8)  BRIDGE MAP (PETA TITI)
  Kemahiran Berfikir:
Hubungan Yang Sama, Mencari Faktor Penghubung :-


-- Mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan
  pelbagai perkara.

-- Memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai 
  perkara. 










 





ThKemahiran Berfikir )  :



Thinking Process  (Kemahiran Berfikir

-  
Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :
Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :


Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :

Tuesday 3 January 2012

Perjalanan i-THINK SK Kiaramas


Titik Permulaan i-THINK SK Kiaramas

SK Kiaramas telah mengorak langkah ke arah satu lagi pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila terpilih sebagai salah satu sekolah rintis i-THINK. Titik perrmulaannya ialah pada bulan September 2011 apabila sekolah telah menerima satu lawatan oleh sebuah syarikat perunding dari United Kingdom iaitu Kestrel Education diiringi oleh pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai Agensi Inovasi Malaysia. Lawatan tersebut adalah bagi melengkapkan Kajian Analisis Data Keperluan (Need Analysis Data) yang bertujuan untuk melihat pelaksanaan pemikiran aras tinggi di kalangan guru-guru dan murid-murid di Malaysia.

          Rentetan daripada lawatan tersebut, Pn Zuliana Ismail, guru SK Kiaramas telah dipilih sebagai penyelaras i-THINK dan beliau telah mewakili Wilayah Persekutuan untuk mengikuti Delegasi Lawatan Kerja ke Thinking Schools di United Kingdom pada 8 hingga 16 Oktober 2011. Delegasi ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna di bawah pengurusan pegawai-pegawai Agensi Inovasi Malaysia iaitu En Lionel Patterson Jackson dan Pn Laliliyah Baharuddin. Lawatan tersebut juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Dato Dr Kamal Jit Singh Harbans Singh. Selain itu, delegasi turut dibimbing oleh pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Dr Roziah Abdullah (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) , Dr Hajar Mohd Nor (Bahagian Pembangunan Kurikulum) dan Pn Marzita Omar (Bahagian Pembangunan Kurikulum). Delegasi juga melibatkan dua orang pensyarah IPG iaitu Pn Zainab Yusof (Institut Bahasa Melayu, K.Lumpur) dan Prof Dr Noraini Idris (UPSI). Dari peringkat sekolah, delegasi ini melibatkan 10 orang penyelaras i-THINK daripada 10 buah sekolah  di seluruh Malaysia iaitu dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, P.Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Sepanjang lawatan tersebut, delegasi diiringi oleh En Richard Cummins dan En Mark Griffith daripada Kestrel Education UK.

            Delegasi telah melawat sekolah-sekolah yang mendapat penarafan Thinking School oleh University of Exeter. Sekolah-sekolah tersebut ialah Cardiff High School, Wellington Primary School, Oakwood Park Grammar School, Rochester Grammar School, Christ The King Primary School, Ryhdypenau Primary School Burraton Primary School dan St Peter's Church of English Aided School, Exeter. Sepanjang lawatan tersebut, didapati bahawa pelajar-pelajar telah didedahkan dengan penggunaan pelbagai Thinking Tools di dalam kelas sejak dari umur 4 tahun hinggalah peringkat sekolah tinggi. Di antaranya ialah Thinking Maps, Thinking Hats, Habits of Mind dan Philosophy For Children. Kaedah pembelajaran juga menggalakkan murid berfikir pada aras yang tinggi agar lebih kritis dan kreatif. Selain itu pembelajaran lebih berpusat kepada murid dan guru bertindak sebagai fasilitator. Ia turut dilengkapkan lagi dengan fasiliti yang moden seperti smart board, jaringan internet dan kemudahan komputer di dalam kelas, yang mewujudkan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Lawatan ke Thinking Schools, United Kingdom- 8-16 Okt 2011


Ke arah pelaksanaan i-THINK SK Kiaramas

       Rentetan daripada lawatan tersebut, Agensi Inovasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengasaskan satu projek yang dikenali i-THINK Pilot Project atau Projek Rintis i-THINK.  10 buah sekolah di Malaysia telah dipilih sebagai sebagai sekolah rintis i-THINK, yang terdiri daripada SK Kiaramas (KL), SMK Convent Muar, (Johor), SMK Kota Marudu (Sabah), SMK Gaal (Kelantan), SMK Tun Hussein Onn ( P.Pinang), SJKT Port Dickson (N.9), SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Padawan (Sarawak), SJKC Wen Hua (Melaka) SK Pusat Bukit Besar (Terengganu) dan SK Paya Pulai (Pahang).

      Untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran yang diperlukan, beberapa siri kursus telah dilaksanakan. Pada peringkat pertama, satu kursus Master Trainer telah diadakan di The Mines Wellness Hotel pada 13 hingga 18 November 2011. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang guru yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu (Drive Team) yang akan memandu pelaksanaan i-THINK di sekolah masing-masing. Drive Team SK Kiaramas terdiri daripada En Tan Song Kag(Guru Besar),Pn Zuliana Ismail (Penyelaras), Pn Zaiton Ahmad, Cik Miftahuljannah Kamaruddin dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh perunding dari Kestrel Education, En Nick Syme yang memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran yang akan dilaksanakan dalam sesi 2012 nanti. Bagi peringkat permulaan, alat berfikir yang akan diperkenalkan ialah Thinking Maps.
   
Kursus di Mines Wellness Hotel -18 Nov 2011-



 Peringkat kedua ialah kursus kepada semua guru SK Kiaramas yang dianjurkan di Crystal Crown Hotel pada 21 hingga 25 November 2011. Guru-guru telah didedahkan dengan konsep-konsep dan teknik-teknik yang akan diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh perunding Kestrel iaitu En Richard Coe dan Teresa Wiliiam.




Kursus kepada semua guru SK Kiaramas, Cyrstal Crown Hotel, 21-25 Nov 2011

     Peringkat ketiga ialah kursus kepada guru-guru baru dan guru-guru yang tidak dapat menghadiri kursus yang telah dijalankan pada cuti sekolah telah diadakan pada 4 dan 10 Januari 2012. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pasukan Pemandu di SK Kiaramas.












Kursus kepada guru-guru baru SK Kiaramas Jan 2012


Pelaksanaan i-THINK SK Kiaramas


Sesi pembelajaran 2012 telah dibuka dengan pelaksanaan pelbagai program yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti biasa. Namun begitu, terdapat satu lagi pembaharuan yang harus dilaksanakan oleh guru-guru SK Kiaramas iaitu pengajaran yang menggunakan Thinking Maps sebagai alat pemikiran yang mengembangkan pemikiran murid-murid daripada aras rendah ke aras sederhana dan tinggi.
   
       Jadual Pelaksanaan Pengajaran Thinking Maps telah ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai panduan kepada guru-guru. Berdasarkan jadual ini, murid-murid akan didedahkan dengan maps berdasarkan minggu yang ditetapkan. Murid-murid akan mempelajari kandungan dalam sukatan pelajaran dengan menggunakan Thinking Maps. Objektif yang diharapkan bukan sekadar memahami isi kandungan pelajaran, tetapi juga murid diharapkan dapat berfikir dengan lebih jelas, tersusun dan kreatif.  Selain itu, belajar dengan menggunakan Thinking Maps juga memudahkan murid untuk menterjemahkan idea mereka dalam bentuk visual iaitu peta. Program ini juga menggalakkan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menjana idea mereka.

Bimbingan dan sokongan i-THINK SK Kiaramas

       Dari semasa ke semasa, projek rintis ini sentiasa dikunjungi oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia sebagai satu langkah memberikan sokongan dan bimbingan kepada guru-guru. Selain itu, lawatan tersebut adalah untuk meninjau kekuatan dan kelemahan pelaksanaan projek rintis ini, yang disusuli dengan cadangan penambahbaikan setiap kali lawatan berakhir.
     
         Pada 12 Januari 2012, pegawai-pegawai Agensi Inovasi Malaysia yang terdiri daripada Dr Taufiq Thiagi, En Lionel Patterson Jackson, Pn Lailiyah Baharuddin dan Cik Jocelyn Tan Kim Heong telah melawat sekolah ini untuk melihat pelaksanaannya setelah dua minggu sesi persekolahan. Lawatan juga diringi oleh pegawai JPWP, Pn Izaryani Ishak. Mereka mendapati ianya telah dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru berdasarkan hasil kerja murid yang dipamerkan, fail-fail dan buku-buku latihan murid. Namun begitu, budaya berfikir dikalangan murid-murid perlu ditingkatkan lagi dalam pembelajaran dan pengajaran.
    
         Seterusnya, pada 17 Januari 2012,SK Kiaramas telah berbesar hati menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Seri Abdul Ghafar Mahmud. Beliau telah diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Dato’ Ibrahim bin Mohamad, Pegawai BPK : Dr Hajar bt Mohd Nor, Pengarah JPWP, Dato’ Haji Khairil b Awang,  Pegawai-pegawai  Sektor Pejabat Pelajaran Sentul, Pegawai JPWP, Pn Izaryani Ishak dan Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Pn Lailiyah bt Baharuddin. Yang berbahagia Dato' Seri telah melawat sekolah untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran dan berinteraksi dengan murid-murid. Beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang tinggi oleh guru-guru untuk menjayakan projek i-THINK ini.

        SK Kiaramas juga telah dilawati oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme  Keguruan), Datuk Dr Khair b Mohamed Yusof, diiringi oleh Pegawai Meja JPWP, Pn Izaryani bt Ishak pada 14 Februari 2012. Beliau telah meninjau pelaksanaan i-THINK dan menasihatkan guru-guru agar memastikan pelaksanaan dasar-dasar seperti KSSR , PBS dan sebagainya turut berjalan seiring dengan projek ini. 

      Pada 24 Februari 2012, pihak Agensi Inovasi Malaysia telah melakukan lawatan kali kedua. Mereka mendapati pelaksanaan i-THINK di sekolah ini berada pada tahap yang baik berdasarkan hasil kerja murid dan pemerhatian sesi pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, hasil temu bual dengan pelajar, mereka mendapati murid-murid menyukai maps yang diajar dan membantu proses pembelajaran mereka. Namun begitu, ia boleh dipertingkatkan lagi dengan meningkatkan amalan dan budaya berfikir aras tinggi dikalangan pelajar.










Monday 2 January 2012

Welcome!

Selamat Datang ke laman blog Thinking School SK Kiaramas!