Thursday 24 May 2012

Bina Modul i-THINK Siri 2

Pada 22 - 24 Mei 2012 bertempat di Bilik Merak, Bangunan E9,Putrajaya telah dijalankan Bina Modul i-THINK Siri 2. Pada kali ini ia telah dihadiri oleh Penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail dan guru Bahasa Malaysia, Pn Heryanti Mahd Yamin. Selain itu ia turut dijayakan oleh Guru Besar SJKC Wen Hua Melaka dan Pn Ho Wye Kuan, guru Penyelaras i-THINK sekolah tersebut, juga merupakan sekolah rintis i-THINK.Panel lain terdiri daripada Pensyarah IAB, Pn Nazatushima Abd Aziz dan para pensyarah IPG Ilmu Khas. Bengkel pada kali ini akan memurnikan dan meningkatkan lagi mutu modul yang dijalankan pada Siri 1 sebelum ini.

Friday 18 May 2012

Lawatan oleh SK Pusat Bukit Besar, Terengganu

Pada 18 Mei 2012, SK Kiaramas telah berbesar hati menerima kunjungan daripada sekolah rintis i-THINK dari negeri Terengganu iaitu SK Pusat Bukit Besar. Rombongan terdiri daripada lebih kurang 50 orang guru telah tiba di sekolah pada jam 1.30 petang. Oleh kerana sesi pembelajaran telah berakhir, mereka telah berpeluang melawat kelas dan persekitaran sekolah sahaja. Selepas lawatan, mereka telah berpeluang memberikan maklum balas dan bertukar pandangan dengan Guru Besar, En Tan Song Kag. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata oleh kedua-dua buah sekolah sebagai tanda ingatan.

Thursday 10 May 2012

Bina Modul i-THINK, Siri 1

Pada 8 Mei – 10 Mei 2012, 3 orang guru SK Kiaramas iaitu Guru Besar, En Tan Song Kag,Penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail dan guru Bahasa Inggeris, Pn Tan Lay Leng telah menghadiri Bengkel Bina Modul i-THINK SIRI 1 bertempat di Bilik Merak, Bangunan E9, Bahagian Pembangunan Kurikulum,Putrajaya. Mereka bersama-sama 7 orang panel lain yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPG Ilmu Khas, Cheras dan pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki telah bekerjasama menghasilkan bahan untuk dijadikan modul i-THINK yang akan dijadikan panduan oleh semua sekolah di Malaysia. Modul tersebut memberikan kefahaman tentang Peta Pemikiran dan Kemahiran Berfikir yang ditekankan dalam program i-THINK.Bengkel telah diketuai oleh En Ahmad Sallehin dari IAB.