Monday 4 February 2013

Lawatan oleh Dr David Hyerle

      Pada 4 Februari 2013, SK Kiaramas telah menerima lawatan tetamu istimewa iaitu Pengasas Thinking Maps, Dr David Hyerle. Beliau diiringi oleh Pengarah Kestrel Education, Mr Richard Cummins, pegawai dari Bahagian Inovasi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Pn Isnazhana binti Ismail, Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Dr Taufiq Thiagi,Cik Joyclen Tan Kim Hong, 9 orang guru besar dan pengetua sekolah i-THINK, 9 orang penyelaras i-THINK dan YDP PIBG sekolah-sekolah rintis. YDP PIBG SK Kiaramas, En Norjafny Jaafar, telah turut meluangkan masa untuk mengiringi Dr David Hyerle semasa lawatan tersebut. Lawatan ini adalah sebahagian daripada jadual yang dirancang oleh Agensi Inovasi Malaysia sempena lawatan beliau ke Malaysia.
     Delegasi lawatan dibawa melawat kelas-kelas dan sekitar sekolah. Selain itu, beliau turut beramah mesra dan menemubual guru-guru SK Kiaramas dan murid-murid untuk mendapatkan maklum balas tentang peta pemikiran yang diperkenalkan. Selesai lawatan, delegasi diberikan taklimat oleh Guru Besar, En Tan Song Kag yang menunjukkan perjalanan i-THINK pada tahun 2012 dan 2013 di SK Kiaramas. Di ksempatan tersebut, Dr David mengucapkan tahniah kepada guru-guru SK Kiaramas kerana komitmen yang tinggi yang ditunjukkan dalam melaksanakan i-THINK dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua delegasi dan diikuti dengan sesi bergambar. DR DAVID HYERLE,Pengasas Thinking Map

Friday 1 February 2013

Kursus Pasukan Pemandu KL dan Putrajaya Siri 2

Tarikh : 27 - 30 November 2012
Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh Melaka
Peserta: 51 orang
Kursus bermula setelah semua peserta selesai membuat pendaftaran sekitar jam 2.30 petang. Taklimat logistik dan peraturan kursus telah diberikan oleh En Hizal selaku pegawai meja i-Think JPN KL. Cik Miftahuljannah telah memulakan sesi kursus dengan mengajak semua peserta membuka minda masing-masing untuk menerima pembaharuan yang bakal diterima sepanjang 4 hari berkursus. Peserta harus berani menghadapi risiko serta membuat kesilapan.
Sesi kursus bersambung sekitar jam 8.00 malam.

Pelaksanaan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i-THINK merupakan program yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid-murid dan guru-guru. Ia bukanlah satu kurikulum baru yang membebankan guru sebaliknya berfungsi sebagai alat pemikiran di dalam kelas. Ia juga bukannya Alat Bantu Mengajar yang biasa digunakan oleh guru-guru. Satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lengkap masih berjalan seperti biasa yang mana ia hendaklah mempunyai satu set induksi, pengenalan, isi kandungan, aktiviti dan rumusan. Konsep i-THINK ini dapat diintegrasikan dalam set induksi, pengenalan dan aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ia menjadi satu Thinking Tools yang dapat membantu guru dalam menggalakkan murid berfikir aras tinggi dan berkolaborasi dalam pembelajaran sesama rakan.