Tuesday, 8 January 2013

Kursus Dalaman Guru Baru Siri 1 2013

Pada 8 Jan 2013, 5 orang guru baru SK Kiaramas telah menghadiri Kursus Dalaman i-THINK Siri 1. Mereka terdiri daripada guru-guru yang bertukar ke sekolah ini. Kursus telah dikendalikan oleh Pasukan Pemandu iaitu Puan Zaiton Ahmad dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Fokus kursus ialah Peta Pemikiran dan aplikasinya dalam pembelajaran.

Saturday, 5 January 2013

Perkongsian Idea di SMK Kiaramas

Pada 5 Jan 2013, Pn Zuliana Ismail, Penyelaras i-THINK SK Kiaramas telah dijemput untuk berkongsi pengalaman pelaksanaan i-THINK di dalam Kursus Dalaman i-THINK SMK Kiaramas.SMK Kiaramas adalah di antara 17 buah sekolah yang terlibat dalam program perluasan i-THINK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, Pn Zuliana telah menerangkan perjalanan i-THINK dan cabarannya di SK Kiaramas. Selain itu, mereka berpeluang menonton video pelaksanaan i-THINK dan mengemukakan kemusykilan yang timbul. Keseluruhannya mereka menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi untuk menjayakan program i-THINK ini.

Saturday, 29 December 2012

Taklimat i-THINK Kepada Ibubapa Tahun 1

Pada 29 Disember 2012, Hari Orientasi Murid Tahun 1 2013 telah dijalankan oleh pihak sekolah. Pada majlis ini, GPK Tadbiran dan Kurikulum telah mengambil kesempatan tersebut untuk membentangkan konsep program i-THINK kepada ibubapa. Ia merangkumi penerangan tentang 8 Peta Pemikiran dan penyoalan aras tinggi yang akan diaplikasikan di dalam pembelajaran. Mereka juga telah diberikan edaran pamphlet yang menerangkan kesemua maps dan proses pemikiran yang terkandung di dalamnya.

Tuesday, 27 November 2012

Perkongsian Pengalaman dengan Pasukan Pemandu Perak Siri 2

Pada 27 November 2012, Pn Zuliana Ismail telah menghadiri Kursus Pasukan Pemandu Negeri Perak untuk siri ke 2. Ia telah dijalankan di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam dan dihadiri oleh guru-guru matapelajaran Sains dan Matematik dari sekolah-sekolah di negeri Perak yang terlibat dalam program perluasan i-THINK. Pn Zuliana telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan program ini di SK Kiaramas. Ia diharapkan dapat memberikan input yang berguna kepada para peserta kursus.

Friday, 23 November 2012

Kursus Pasukan Pemandu KL dan Putrajaya Siri 1

Pada 20 - 23 Nov 2013, telah berlangsung Kursus Pasukan Pemandu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bertempat di Hotel Empress,Salak Tinggi, Sepang.Ia dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar dan seorang guru Bahasa Malaysia dari 17 buah sekolah yang terpilih untuk program perluasan i-THINK tahun 2013. Tenaga kerja yang terlibat ialah En Hizal b Talib dari Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur dan Pn Badariah, dari Putrajaya yang bertindak sebagai urusetia. Fasilitator kursus ialah Penyelaras i-THINK SK Kiaramas, Pn Zuliana Ismail dan pensyarah IPG Ilmu Khas, Cheras,Cik Ho. Kursus turut mendapat khidmat nasihat dari konsultan Kestrel Education, Mr Nick Symes. Ia merangkumi kesemua modul i-THINK yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. Peserta juga turut berpeluang berkongsi idea dan pengalaman dengan Guru Besar SK Kiaramas, En Tan Song Kag yang diundang pada hari ke 3 kursus. Manakala pada hari terakhir kursus, mereka telah diberikan bimbingan oleh pensyarah Institut Aminuddin Baki iaitu Pn Nazatushima Ab Aziz dan En Azmi.

Thursday, 8 November 2012

Perkongsian Idea dengan Pasukan Pemandu Perak

Pada 8 November 2012, pentadbir SK Kiaramas iaitu GPK Tadbir dan Kurikulum, En Hasbullah Hassan dan Pasukan Pemandu iaitu Pn Zuliana Ismail dan Cik Norhaiyune telah memenuhi jemputan ke Kursus Pasukan Pemandu Peringkat Negeri Perak. Mereka telah diminta untuk berkongsi idea, pengalaman dan cabaran dalam melaksanakan program i-THINK yang akan dijalankan oleh sekolah-sekolah di Perak pada tahun 2013. Dalam majlis selama dua jam ini, En Hasbullah Hassan telah membentangkan power point, tayangan video dan menjawab kemusykilan mereka dibantu oleh Pasukan Pemandu. Kebanyakan peserta amat teruja dan bersemangat untuk melaksanakan program ini.

Kursus Kepimpinan Guru Besar dan Pengetua

Pada 6 hingga 8 November 2012, kesemua Guru Besar dan Pengetua 10 buah sekolah rintis i-THINK telah menghadiri Kursus Kepimpinan di Eastin Hotel Petaling Jaya. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan dan kepimpinan pentadbir dalam memastikan kelestarian program i-THINK di sekolah masing-masing.