Tuesday, 6 March 2012

Bengkel 'Masalah dan Penyelesaian' Projek Rintis i-Think

Tarikh: 06/03/2012
Waktu: 1.30 petang

Satu bengkel 'Masalah dan Penyelesaian' Projek Rintis i-Think telah diadakan pada hari Selasa (6/3/2012) di sekolah yang kita cintai, SK Kiaramas. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mengumpul maklum balas daripada semua guru mengenai program i-Think yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang masing-masing diketuai oleh 'Drive Team' dan setiap kumpulan berbincang mengenai perlaksanaan program i-Think di sekolah ini. Perbincangan difokuskan kepada isu-isu seperti kelebihan dan kekurangan serta cara penambah baikan dalam melaksanakan i-Think. Bengkel tersebut berjalan lancar dan semua guru telah memberikan kerjasama dengan baik. Terima kasih kepada guru-guru SK Kiaramas.

Sedikit gambar aksi-aksi guru ketika bengkel berlansung.





Friday, 24 February 2012

Lawatan oleh AIM,24.2

Pihak AIM telah melawat SK Kiaramas buat kali kedua pada 24 Februari 2012. Kunjungan pada kali ini terdiri daripada Dr Taufiq Thiagi dan Pn Lailiyah Baharuddin. Mereka turut diiringi oleh Pn Izaryani Ishak, Pegawai Meja i-THINK Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Lawatan pada kali ini adalah untuk melihat perkembangan i-THINK di sekolah ini setelah ia memasuki bulan ke dua pelaksanaannya. Berdasarkan pemerhatian, mereka berpendapat program ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan dalam Jadual Pelaksanaan Pengajaran. Kesimpulannya,mereka mendapati murid-murid telah membiasakan diri dengan peta pemikiran yang diperkenalkan tetapi mengambil sedikit masa untuk menguasainya dengan baik.

Tuesday, 14 February 2012

Lawatan oleh Timb Pengarah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pada 14 Februari 2012, Timb Pengarah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Datuk Dr Khair b Mohamed Yusof telah melawat SK Kiaramas dengan diiringi oleh Pegawai Meja JPWP, Pn Izaryani bt Ishak.Kunjungan beliau secara mengejut telah disambut dengan berbesar hati oleh Guru Besar, En Tan Song Kag dan penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail. Beliau telah berpeluang melawat beberapa kelas dan menemuramah guru-guru. Beliau berpendapat program ini amat baik untuk memberikan kelainan dalam proses pengajaran. Beliau berharap agar program ini akan dijalankan dengan jayanya seiring dengan program-program lain yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti LINUS, Protim, MBMMBI dan sebagainya.

Tuesday, 17 January 2012

Lawatan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

Pada 17 Januari 2012, SK Kiaramas telah berbesar hati menerima kunjungan daripada tetamu yang istimewa iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPPM),Dato’ Seri Abdul Ghafar Mahmud. Beliau turut diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),Dato’ Ibrahim bin Mohamad, Pegawai BPK, Dr Hajar bt Mohd Nor, Pengarah JPWP,Dato’ Haji Khairil b Awang, Pegawai Sektor Pejabat Pelajaran Sentul,Pegawai Meja JPWP, Pn Izaryani bt Ishak,Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Pn Lailiyah bt Baharuddin dan beberapa orang pegawai JPWP.Kehadiran mereka telah disambut oleh Guru Besar SK Kiaramas, En Tan Song Kag dan YDP PIBG, Dato Hj Shamseruddin M Shariff beserta para pentadbir sekolah. Mereka terlebih dahulu diberikan taklimat program i-THINK dan seterusnya dibawa melawat kelas-kelas untuk melihat pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan i-THINK. Sepanjang lawatan tersebut, Dato' Seri berpeluang beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid dan berkongsi pendapat mereka tentang program ini. Pada akhir lawatan rombongan telah membincangkan kesimpulan lawatan tersebut. Pada keseluruhannya, lawatan mendapati program ini amat menarik dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid.

Thursday, 12 January 2012

Lawatan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

Pada 12 Januari 2012, SK Kiaramas telah menerima lawatan bimbingan buat kali pertama oleh Agensi Inovasi Malaysia. Mereka terdiri daripada Dr Taufiq Thiagi, En Lionel Jackson Patterson, Pn Lailiyah Baharuddin dan Cik Jocelyn Tan Kim Heong. Mereka telah dibawa melawat sekitar sekolah dan melihat pengajaran guru-guru di dalam kelas. Keseluruhannya mereka berpuashati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru. Mereka juga berharap agar suasana pemikiran aras tinggi dan budaya i-THINK dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Friday, 6 January 2012

Jadual Pelaksanaan Pengajaran Thinking Maps

RANCANGAN PELAKSANAAN THINKING MAPS
CIRCLE MAP
MINGGU :  2 – 3
4 – 20 JAN 2012


BUBBLE MAP
MINGGU :  5 - 6 
30 JAN – 10 FEB 2012

DOUBLE BUBBLE MAP 
MINGGU :  7 – 8 
13 – 24 FEB 2012

FLOW MAP 
MINGGU :  9 – 10 
27 FEB – 9 MAC 2012

MULTI FLOW MAP 
MINGGU :  12 – 13 
19 – 30 MAC 2012

TREE MAP 
MINGGU :  14 – 15 
2 – 13 APR 2012

BRACE MAP 
MINGGU :  16 – 17 
16 – 27 APR 2012

BRIDGE MAP 
MINGGU :  18 – 19 
30 APR - 11 MEI 2012

Wednesday, 4 January 2012

Thinking Maps



1)  CIRCLE MAP (PETA BULATAN)
Proses Pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks:


- - Menjana idea

- - Mengaitkan pengetahuan sedia ada

- - Membuat gambaran awal topik

 - Membuat rumusan


2)  BUBBLE MAP (PETA BUIH)

Proses Pemikiran : Describing (Menerangkan)



--   Menjelaskan sifat sesuatu perkara

-  - Hanya menggunakan “adjectives”

    (kata sifat)





3)  DOUBLE BUBBLE MAP (PETA BUIH BERGANDA)
Kemahiran Berfikir: Membanding beza
-Membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda/perkara










4)  TREE MAP (PETA POKOK)
Kemahiran berfikir: Membuat pengelasan:

--  Membahagikan kepada kategori tertentu

- -  Memberi contoh-contoh

- -  Membuat sub topik

-  Memberi huraian



5)  BRACE MAP (PETA DAKAP)
 Kemahiran Berfikir: Hubungan Bahagian- Seluruh
 -- Menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek
- - Melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja. 

6)  FLOW MAP (PETA ALIRAN)
Kemahiran Berfikir: Turutan:
-- Membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses   
  sesuatu perkara. 

7)  MULTI-FLOW MAP (PETA PELBAGAI ALIRAN)
 Kemahiran berfikir: Sebab dan akibat
-- Mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara.
-- Menjelaskan kesan sesuatu perkara. 


8)  BRIDGE MAP (PETA TITI)
  Kemahiran Berfikir:
Hubungan Yang Sama, Mencari Faktor Penghubung :-


-- Mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan
  pelbagai perkara.

-- Memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai 
  perkara. 










 





ThKemahiran Berfikir )  :



Thinking Process  (Kemahiran Berfikir

-  
Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :
Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :


Thinking Process  (Kemahiran Berfikir )  :