Thursday, 31 January 2013
Kursus Pengukuhan i-THINK SK Kiaramas Siri 1 2013
Pada 31 Januari 2013, guru-guru SK Kiaramas telah menghadiri Kursus Pengukuhan i-THINK Siri 1 di Bilik Mesyuarat SK Kiaramas.Ia bermula pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang. Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap Peta Pemikiran yang telah diaplikasikan dalam pengajaran. Ia telah dikendalikan oleh Pasukan Pemandu i-THINK. Guru-guru turut membincangkan beberapa peta yang menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka seperti Bubble Map dan Brace Map. Dalam majlis ini juga,GPK Tadbiran dan Kurikulum, En Hasbullah Hassan telah menyampaikan Sijil Sudut i-THINK Terbaik kepada En Rusydi Ruslan selaku guru kelas 5 Bestari yang telah berjaya menceriakan kelas dengan peta pemikiran yang menarik dan bermanfaat.
Saturday, 26 January 2013
Pameran i THINK di Himpunan GM1M
Pada 26 Januari 2013, bertempat di SMK Sg Besar , Selangor, SK Kiaramas telah diundang untuk mengadakan pameran i-THINK. Pameran tersebut telah dijayakan oleh Penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail, Cik Miftahuljannah Kamaruddin dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Pameran tersebut berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari yang dimeriahkan dengan kehadiran 5000 orang guru muda dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak. Booth i-THINK turut menerima kunjungan daripada tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pameran tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung yang telah berpeluang melihat hasil kerja murid SK Kiaramas dan menonton video pelaksanaan i-THINK di dalam kelas. Ianya membantu mereka memahami konsep i-THINK dan berkongsi pengalaman agar dapat menjadi panduan di sekolah masing masing. Sekalung terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Kiaramas yang telah bertungkus lumus membantu Pasukan Pemandu mengumpulkan hasil kerja murid yang menarik dan kreatif. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput SK Kiaramas untuk menjayakan pameran tersebut.
Tuesday, 22 January 2013
Kursus Dalaman Guru Baru Siri 2 2013
Pada 22 Januari 2013,kursus dalaman untuk guru baru siri 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Kiaramas. Kursus turut dihadiri oleh guru-guru praktikal seramai 4 orang dari IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur yang akan menjalani latihan selama 3 bulan Ia telah dikendalikan oleh Puan Zuliana Ismail dan Cik MIftahuljannah Kamaruddin. Kursus pada kali ini memberikan fokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.Kursus turut
Selain itu, mereka telah menghasilkan soalan yang menepati aras yang ditetapkan semasa latihan praktikal. turut dihadiri oleh guru praktikal seramai 4 orang daripada IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.
Saturday, 19 January 2013
Jemputan Kursus Dalaman i-THINK di SMK Sri Ampang
Setelah tamat program rintis i-Think pada tahun 2012, sasaran sebanyak 1000 buah sekolah peluasan pada tahun 2013giat dijalankan. SMK Sri Ampang merupakan salah sebuah daripada 17 buah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Seramai 4 orang guru dan pengetua telah dilantik sebagai pasukan pemandu yang telah menghadiri kursus yang berlangsung selama 4 hari di penghujung 2012.
Maklumat kursus haruslah dikongsi dengan semua warga sekolah. Wakil pasukan pemandu SK Kiaramas telah dijemput sebagai fasilitator kursus dalaman yang diadakan. Cik Miftahuljannah dan Cik Norhaiyune telah membantu Pasukan Pemandu SMK Sri Ampang.
Kursus tersebut diadakan pada 19 Januari 2013 dan bermula seawal jam 8.30 pagi. Kursus bermula dengan ucapan aluan dan sedikit pengenalan program i-Think oleh Pengetua SMK Sri Ampang.
Seterusnya, 8 proses dan peta pemikiran diperkenalkan kepada semua peserta. Fasilitator memberi penerangan tentang setiap proses pemikiran dan peta yang terlibat. Setiap peserta harus mencuba untuk membina peta pemikiran masing-masing. Sesi soal jawab akan dibuka setiap kali selesai membina peta pemikiran. Hal ini bertujuan agar semua peserta dapat menggunakan proses dan peta pemikiran dengan tepat dan murid mendapat manfaat daripadanya.
Seusai minum pagi sekitar jam 11.00 pagi, peserta berkumpul mengikut subjek yang diajar. Fasilitator telah menetapkan setiap kumpulan haruslah membina 2 peta pemikiran.
Setelah siap membina peta masing-masing, wakil setiap kumpulan telah membentangkan hasilan mereka.
Secara keseluruhan, semua peserta telah berjaya menghasilkan peta pemikiran yang kreatif dan menarik. Wakil pasukan pemandu telah memberikan komen yang membina setelah semua peserta tamat membentangkan peta masing-masing.
Antara hasilan menarik para peserta.
Secara keseluruhan, semua peserta pada hari tersebut telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Mereka amat aktif memberikan pendapat dan terus bertanya sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.
Kepada warga SMK Sri Ampang, selamat berjaya..
Thursday, 17 January 2013
Lawatan oleh Guru Cemerlang Matematik Kuala Lumpur
Pada 17 Januari 2013, SK Kiaramas telah menerima lawatan sambil belajar oleh beberapa orang Guru Cemerlang Matematik dan guru guru matapelajaran yang lain dari sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari Zon Sentul. Tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan maklumat tentang konsep i-THINK dan melihat aplikasinya di dalam kelas. Mereka telah diberikan taklimat tentang peta pemikiran i-THINK dan dibawa melawat beberapa kelas. Selain itu, mereka telah dibawa melawat kawasan sekolah untuk melihat hasil kerja murid dan mereka tertarik dengan mural yang dihasilkan oleh guru-guru yang berkonsepkan peta pemikiran i-THINK. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.
Saturday, 12 January 2013
Taklimat i-THINK Kepada Ibubapa Tahun 6
Pada 12 Januari 2013, Majlis Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 telah diadakan di SK Kiaramas. Di kesempatan ini, Guru Besar, En Tan Song Kag telah membentangkan program i-THINK kepada ibubapa yang hadir. Ini kerana terdapat ibubapa yang baru menghantar anak ke sekolah ini dan ia juga sebagai pengukuhan bagi ibubapa yang telah memahaminya. Isi kandungan taklimat yang berkaitan dengan program tahun 6 juga dibentangkan dalam bentuk peta pemikiran.
Tuesday, 8 January 2013
Kursus Dalaman Guru Baru Siri 1 2013
Pada 8 Jan 2013, 5 orang guru baru SK Kiaramas telah menghadiri Kursus Dalaman i-THINK Siri 1. Mereka terdiri daripada guru-guru yang bertukar ke sekolah ini. Kursus telah dikendalikan oleh Pasukan Pemandu iaitu Puan Zaiton Ahmad dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Fokus kursus ialah Peta Pemikiran dan aplikasinya dalam pembelajaran.
Saturday, 5 January 2013
Perkongsian Idea di SMK Kiaramas
Pada 5 Jan 2013, Pn Zuliana Ismail, Penyelaras i-THINK SK Kiaramas telah dijemput untuk berkongsi pengalaman pelaksanaan i-THINK di dalam Kursus Dalaman i-THINK SMK Kiaramas.SMK Kiaramas adalah di antara 17 buah sekolah yang terlibat dalam program perluasan i-THINK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, Pn Zuliana telah menerangkan perjalanan i-THINK dan cabarannya di SK Kiaramas. Selain itu, mereka berpeluang menonton video pelaksanaan i-THINK dan mengemukakan kemusykilan yang timbul. Keseluruhannya mereka menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi untuk menjayakan program i-THINK ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)