Saturday 26 January 2013

Pameran i THINK di Himpunan GM1M

Pada 26 Januari 2013, bertempat di SMK Sg Besar , Selangor, SK Kiaramas telah diundang untuk mengadakan pameran i-THINK. Pameran tersebut telah dijayakan oleh Penyelaras i-THINK, Pn Zuliana Ismail, Cik Miftahuljannah Kamaruddin dan Cik Norhaiyune Abu Bakar. Pameran tersebut berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari yang dimeriahkan dengan kehadiran 5000 orang guru muda dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak. Booth i-THINK turut menerima kunjungan daripada tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pameran tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung yang telah berpeluang melihat hasil kerja murid SK Kiaramas dan menonton video pelaksanaan i-THINK di dalam kelas. Ianya membantu mereka memahami konsep i-THINK dan berkongsi pengalaman agar dapat menjadi panduan di sekolah masing masing. Sekalung terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Kiaramas yang telah bertungkus lumus membantu Pasukan Pemandu mengumpulkan hasil kerja murid yang menarik dan kreatif. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput SK Kiaramas untuk menjayakan pameran tersebut.

No comments: