Saturday 19 January 2013

Jemputan Kursus Dalaman i-THINK di SMK Sri Ampang

Setelah tamat program rintis i-Think pada tahun 2012, sasaran sebanyak 1000 buah sekolah peluasan pada tahun 2013giat dijalankan. SMK Sri Ampang merupakan salah sebuah daripada 17 buah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Seramai 4 orang guru dan pengetua telah dilantik sebagai pasukan pemandu yang telah menghadiri kursus yang berlangsung selama 4 hari di penghujung 2012. Maklumat kursus haruslah dikongsi dengan semua warga sekolah. Wakil pasukan pemandu SK Kiaramas telah dijemput sebagai fasilitator kursus dalaman yang diadakan. Cik Miftahuljannah dan Cik Norhaiyune telah membantu Pasukan Pemandu SMK Sri Ampang. Kursus tersebut diadakan pada 19 Januari 2013 dan bermula seawal jam 8.30 pagi. Kursus bermula dengan ucapan aluan dan sedikit pengenalan program i-Think oleh Pengetua SMK Sri Ampang. Seterusnya, 8 proses dan peta pemikiran diperkenalkan kepada semua peserta. Fasilitator memberi penerangan tentang setiap proses pemikiran dan peta yang terlibat. Setiap peserta harus mencuba untuk membina peta pemikiran masing-masing. Sesi soal jawab akan dibuka setiap kali selesai membina peta pemikiran. Hal ini bertujuan agar semua peserta dapat menggunakan proses dan peta pemikiran dengan tepat dan murid mendapat manfaat daripadanya. Seusai minum pagi sekitar jam 11.00 pagi, peserta berkumpul mengikut subjek yang diajar. Fasilitator telah menetapkan setiap kumpulan haruslah membina 2 peta pemikiran.
Setelah siap membina peta masing-masing, wakil setiap kumpulan telah membentangkan hasilan mereka.
Secara keseluruhan, semua peserta telah berjaya menghasilkan peta pemikiran yang kreatif dan menarik. Wakil pasukan pemandu telah memberikan komen yang membina setelah semua peserta tamat membentangkan peta masing-masing.
Antara hasilan menarik para peserta.
Secara keseluruhan, semua peserta pada hari tersebut telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Mereka amat aktif memberikan pendapat dan terus bertanya sekiranya terdapat sebarang kekeliruan. Kepada warga SMK Sri Ampang, selamat berjaya..

No comments: