MAJLIS PELANCARAN i-THINK
Program Rintis i-THINK yang melibatkan 10 buah sekolah di Malaysia telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 13 Mac 2012 yang lalu. Majlis yang gilang gemilang ini telah berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Parlimen pada jam 11.15 pagi.
Seramai 4 orang murid telah terpilih sebagai duta SK Kiaramas dalam memperkenalkan salah satu Thinking Maps iaitu Tree Map. Fokus persembahan pula adalah bagi subjek Pendidikan Islam. Mereka terdiri daripada Nur Alya Dalyla Azahamsah, tahun 6 Emas, Aizul Amin Saifol Mazli, M Hafiz Husnulhadi dan Aisyah Nadhirah, kesemuanya dari tahun 5 Emas. Mereka telah diberikan bimbingan yang mantap oleh guru pengiring iaitu Ustaz Wan Muhammad Wan Salleh disamping Pasukan Pemandu SK Kiaramas.
Pada majlis tersebut, Dato' Seri dan beberapa dif-dif kehormat seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, dan ramai lagi telah melawat setiap booth yang memaparkan hasil kerja murid beserta tayangan video setiap sekolah. Para pelajar telah melakukan demontrasi menggunakan Thinking Maps yang dipelajari. Sesungguhnya ia adalah satu memori yang amat manis bagi para pelajar yang dapat berkomunikasi secara langsung dengan YAB Perdana Menteri Malaysia dan bergambar bersama beliau. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid SK Kiaramas telah menjayakan demonstrasi tersebut dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.
|
Lawatan ke booth SK Kiaramas
|
Murid-murid bersama YAB Dato' Seri Najib Tun Razak,Aizul Amin, Alya Dalyla,Aishah Nadhirah, M Hafiz
|
|
|
|
|
Guru Pengiring: Ust W Muhammad W Salleh
|
|
Bersama Mdm Terresa William, Perunding Kestrel Education,UK
|
|
Mr Nick Syme, Perunding Kestrel Education dan Guru Besar, En Tan Song Kag |
|
Drive Team, dr kiri :
Norhaiyune, Miftahuljannah, Ust Wan Muhammad(guru pengiring), En Tan Song Kag, Zuliana, Hjh Zaiton
|
No comments:
Post a Comment