Wednesday 4 April 2012

Kursus Pengukuhan Guru SKK

Pada 2 April dan 4 April 2012, guru-guru SKK telah menghadiri Kursus Pengukuhan i-THINK. Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengukuhan Pasukan Pemandu sebelum ini. Pasukan Pemandu telah berkongsi input yang diperolehi daripada kursus tersebut dengan guru-guru SK Kiaramas. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman guru-guru bagi setiap mata pelajaran dan membetulkan beberapa kesilapan dan kekeliruan semasa pelaksanaannya sebelum ini. Selain itu, semasa kursus ini, Guru Besar telah mengambil kesempatan menyampaikan sijil kehadiran Kursus i-THINK yang telah dijalankan pada bulan November 2011 yang telah dijalankan di Hotel Crystal Crown. Keseluruhannya, ianya mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru yang menunjukkan minat dan komitmen yang baik semasa kursus diadakan.

No comments: