Friday 6 April 2012

Lawatan oleh Pegawai BPK, KPM dan AIM,6.4

Pada 6 April 2012, SK Kiaramas telah menerima lawatan daripada Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Pn Marzita Omar dan Pegawai Agensi Inovasi Malaysia, Cik Joyclen Tan Kim Hong. Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan program ini disamping memberikan sokongan moral kepada guru-guru. Mereka telah dibawa melawat sesi pengajaran di dalam kelas. Pada akhir lawatan, mereka telah berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan kesemua guru SK Kiaramas di dalam Bilik Mesyuarat. Pada sesi ini, guru-guru telah mengemukakan kemusykilan mereka dan ia telah dimurnikan oleh Pn Marzita Omar. Didalam ucapan rumusannya,Pn Marzita telah menyuntik kata-kata motivasi agar guru-guru terus bersemangat untuk meningkatkan kecemerlangan program ini.

No comments: